shallom semua...
sy ttp mnguatkan hati saya untuk teruskan perkongsian hidup di dalam blog ini.
rakan-rakan semua..
terasa hidup ini semakin dekat dengan pengakhiran..
kadang kala saya teringin utk blk kmpg dan tutup mata ini buat selama-lamanya
saya tidak sanggup lagi menghadapi semua ini...
terlalu banyak yang saya telah lalui..
dan semua yang saya lalui itu semuanya gagal...
mengapa? kenapa?
cinta saya gagal
masalah saya gagal menyelesaikan
iman juga saya gagal...
actually apa yang saya berjaya lakukan sebenarnya...
saya juga gagal menjadi seorang sahabat yang baik
gagal menjadi anak yang baik...
Ya Tuhan, mengapa Engkau tidak mengambil sahaja saya untuk berada di sisiMu
dan jikalau Engkau benar-benar percaya saya dapat melakukan rencanaMu...bantulah saya..
saya terlalu lemah untuk melakukan semua itu...
Tolong saya ya Bapa..Tolong saya Ya Bapa..Tolong saya Ya Bapa...amen
Monday, October 15, 2012
Wednesday, September 12, 2012
REFLEKSI minggu ke-6
pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda sebuah tayangan video yang menjadi inspirasi saya
saksikanlah................
setelah anda semua menyaksikan video ini. cuba anda pejamkan mata dan tanya hati anda. Apakah anda mahu menjadi seperti orang dalam video ini??
Bagi saya, apabila anda semua lihat video ini pelari itu bukan semata-mata hendak mendapat tempat pertama tetapi apa yang penting bagi beliau habiskan dan tamatkan lariannya sehingga ke garisan penamat.
# hidup kita bagaikan seorang pelari, saya percaya semua individu berlumba-lumba untuk mencapai impian namun tidak semua orang dapat mencapai apa yang selama ini diimpikan.
dalam perjalanan kita hendak mencapai kejayaan ini begitu banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi. banyak perkara yang perlu kita siap sediakan. tidak kira dari segi fizikal mahupun emosi kita kena persiapkan.
#perjalanan kita untuk mencapai kejayaan juga, kita amat memerlukan seseorang yang dapat membimbing dan memimpin kita. Bukan semua orang boleh menjadi seorang sahabat yang baik. Ibubapa adalah orang yang akan sentiasa bersama kita walaupun seburuk mana kita ini ibubapalah yang banyak memberi dorongan kepada kita, yang memberikan kita sokongan dan sentiasa berada disamping kita tidak kira waktu dan susahnya kita.
#kekuatan spiritual dalam diri kita adalah kunci kejayaan sebenar kita. Apabila lihat kembali video ini, sebenarnya pelari tersebut tidak dapat berlari lagi tetapi kekuatan spiritual beliau yang membuatkan beliau meneruskan larian sehingga ke garisan penamat walaupun beliau tidak akan menduduki tempat pertama saat itu. walhal itu, beliau sebenarnya tidak mensia-siakan usahanya sebelum ini. walaupun tidak menduduki tempat pertama tetapi sekurang-kurangnya beliau telah sampai ke garisan penamat.
#begitu jugalah kita. walaupun kita tidak dapat mencapai apa yang dihajati tapi sekurang-kurangnya kita hargailah apa yang kita ada pada saat ini. kerana kita tidak akan tahu ajal dan kita tidak tahu bila masa kita akan kehilangan kelebihan kita itu. hargailah setiap orang disekeliling kita. buatlah sesuatu yang membuatkan orang sekeliling kita sentiasa ingat tentang kita dan buatlah sesuatu agar orang sekeliling kita sentiasa bangga akan diri kita.
**sekian sahaja perkongsian saya.
Monday, September 10, 2012
refleksi minggu ke-5
minggu ni saya ingin berkongsi tentang jenis-jenis emosi, kesan-kesan emosi terhadap pemikiran manusia dan tingkah lakunya.
gambar diatas ialah reaksi muka kita yang mengambarkan emosi kita.
maksud emosi:
emosi adalah luahan perasaan yang berkembang dan surut dalam waktu yang singkat atau dalam keadaan fisiologis. sebagai contoh pada waktu kita senang, sedih dan lain-lain. ilmuwan yang bernama Joseph Le Doux mengatakan "The brain states and bodily responses are the fundamental fact of an emotion". maksudnya dalam bahasa melayu ialah tumbuhnya sebuah emosi kerana adanya otak dan tubuh yang merespon. kesimpulannya bahawa emosi dapat tumbuh ketika ada sesuatu yang terjadi pada diri manusia dan baik itu yang bersumber daripada diri sendiri mahupun orang sekitar kita.
Jenis-jenis Emosi.
1. emosi takut
takut adalan perasaan yang mendorong individu untuk menjauhi sesuatu dan sedapat mungkin menghindari daripada hal tersebut. bentuk ekstrim daripada takut adalah takut pathogis yang disebut phobia. phobia pula adalah suatu perasaan yang takut akan hal-hal yang tertentu, meskipun tidak ada alasan yang munasabah dan nyata. sebagai contoh, takut kepada ketinggian, tempat yang gelap dan lain-lain.
2. emosi khuatir
Perasaan was-was yang berlaku dalam diri terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan mahupun yang kita sedang fikir. Apabila perasaan khuatir kita melanda dalam diri kita menyebabkan kita tidak senang duduk, gelisah, dan tegang. perasaan khuatir juga kadang kala membuatkan tindakkan kita ini betul di mana kita dapat berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
3. emosi gembira
suatu perasaan yang lega iaitu suatu perasaan yang terlepas daripada suatu ketegangan ataupun masalah. kegembiraan juga sebenarnya suatu perasaan yang sukar diungkapkan dan perasaan gembira juga adalah suatu rasa yang semula jadi dan kita merasakan suatu ketenangan di suatu sudut.
4. emosi marah
perasaan marah adalah suatu perasaan yang sangat negatif dalam diri kita. namun begitu kemarahan adalah hal-hal yang menganggu aktiviti dan apabila marah kita sukar untuk mencapai sesuatu perkara yang kita ingini. Dalam keadaan marah juga kita sama sekali bertindak untuk membuat keputusan kerana keputusan pada saat kita marah adalah suatu keputusan yang bodoh.
saya akan perkongsikan lagi pada minggu hadapan. tq
Friday, July 13, 2012
refleksi 2
salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..
Dalam subjek Kecerdasan Emosi ini terdapat 3 ragam :
a) IQ- kecerdasan intelektual
b) EQ- Kecerdasan emosi
c) SQ- Kecerdasan spiritual
ketiga-tiga ini sentiasa berkait rapat antara satu sama lain. Selain itu, ketiga-tiga ragam ini terdapat dalam kehidupan seharian kita tanpa mengenal seseorang individu.
IQ atau kecerdasan intelektual adalah berkait rapat dengan pemikiran kita bagi tindakkan kita seterusnya. Intelektual juga berkait rapat dengan apa yang selalu bermain dalam fikiran kita iaitu what do I think. Disini kita akan selalu akan berfikir apa sebenarnya kita sedang fikirkan pada setiap hari-hari kita. Dalam kehidupan seharian saya, IQ ini selalunya saya akan gunakan apabila saya menghadapi peperiksaan dan apabila saya ingin menjawab sesuatu soalan. IQ tidak selalu saya gunakan dan setelah mempelajarinya saya sedar bahawa IQ juga amat penting dalam kehidupan seharian dan jika tidak diasah ia akan menjadi "beku".
EQ atau kecerdasan emosi yang berkait rapat dengan emosi dan perasaan serta yang paling rapat lagi hati kita. what do I feel adalah persoalan kepada apa sebenarnya yang kita sedang rasa pada masa ini. kecerdasan emosi ini juga keupayaan seseorang menguasai atau mengawal perasaannya dalam menangani sesuatu masalah walau apa sekalipun permasalahan yang melanda pada dirinya. Setelah mempelajari mengenai EQ ini, serba sedikit saya dapat menguasai dan mengendalikan emosi saya dengan baik. selain itu, saya banyak mempelajari banyak perkara bagaimana hendak kuasai perasaan saya terutamanya apabila waktu marah dan sedih kerana sewaktu perasaan ini timbullah menyebabkan saya banyak membuat kesilapan dimana saya memarahi orang sekeliling saya tanpa sebab.
SQ atau kecerdasan spritual digunakan untuk menghadapi setiap persoalan makna dan nilai-nilai dalam hidup. Dalam SQ kita akan sentiasa menggunakan who am I untuk menganalisis SQ kita. SQ adalah landasan dimana kita dapat mengembangkan IQ dan EQ kita dalam kehidupan seharian kita. SQ adalah kemahiran dimana kita pandai atau bijak menyembunyikan sesuatu tanpa orang lain dapat mengetahui apa sebenarnya yang kita rasa dan apa sebenarnya kita hendak sampaikan. SQ sebenarnya adalah sesuatu yang amat penting dalam diri kita sebagai seorang manusia. Oleh itu saya sangat-sangat bersyukur kerana dapat mempelajari subjek ini kerana saya dapat banyak input yang selama ini saya langsung tidak menyadari dan tidak mengambil berat. SQ ialah pusat dimana langkah pertama yang harus kita ubah sebelum mengubah yang lain. Melalui SQ juga banyak yang dapat kita lakukan dan tiada yang mustahil. Setelah saya mempelajari semua ini saya tahu bahawa apa-apa perkara yang hendak dilakukan haruslah mengubah SQ terlebih dahulu.
secara kesimpulannya, kita sebagai individu haruslah tahu dan faham akan setiap kemahiran atau tahap IQ, EQ, dan SQ kita agar kita tahu untuk memperbaiki setiap kecerdasan kita ini.
sekian daripada saya.

refleksi 3
salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..(Refleksi 3)
hari yang indah ini saya akan berbicara dengan beberapa tajuk, iaitu ;
a) kepimpinan
b) sosial
c) pendidikan
kepimpinan - bermaksud dibimbing, dipandu, dituntun,ditunjuk. selain itu juga kepimpinan juga boleh membawa maksud kepada keupayaan memimpin. (sumber Kamus Dewan keempat).
Tidak semua orang dapat memimpin kerana hanya beberapa orang sahaja yang layak menjadi pemimpin yang berwibawa. Bagi saya tokoh yang sentiasa menjadi idola saya untuk menjadi seorang pemimpin dan seorang yang berjaya adalah Dr.Mahathir Mohamad. Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau adalah dimana beliau memperkenalkan dasar pandang ke timur. Lihatlah lagi dari aspek ekonomi dimana beliau dapat menyelesaikan kemunduran ekonomi Malaysia pada saat itu tetapi sebagai seorang pemimoin beliau sentiasa berfikiran jauh dan sentiasa cuba sesuatu yang diluar kotak pemikiran beliau. Oleh sebab itu, beliau sentiasa menjadi pujaan hati saya dan saya sangat kagum dengan beliau.
sosial - bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat,
perihal masyarakat,kemasyarakatan. (sumber Kamus Dewan keempat). Seluruh individu dalam dunia ini adalah anggota masyarakat dan mempunyai tanggujawab dalam hidup bermasyarakat ini. Sosial ini juga merangkumi semua aspek dan melibatkan semua orang. Bagi saya seorang pelajar saya mudah mesra ataupun berkawan dengan sesiapa pun tidak kira yang tua mahupun yang muda. Oleh sebab, saya ini seorang yang mesra alam maka saya dapat mengenali pelbagai jenis orang dan membuatkan saya sentiasa belajar benda yang baharu serta cerita yang baharu yang boleh saya jadikan tauladan dan sempadan. Oleh sebab itu juga pergaulan kita juga haruslah sentiasa dijaga kerana melalui pergaulan juga kita dapat menilai seseorang dengan cara percakapan dan perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut kita.
Pendidikan - perihal mendidik.(sumber Kamus Dewan keempat)
Disini kita dapat lihat setiap tajuk yang akan saya huraikan adalah berkaitan antara satu sama lain. Disini sy ingin membawa anda melihat perbezaan di antara negara kita dengan negara orang lain. Sebagai contoh negara Amerika, Palestin, Gaza dan lain-lain. Sebenarnya kita cukup bertuah tinggal di bumi malaysia ini yang aman dan damai. Kita mempunyai pemimpin yang berwibawa, berdedikasi dan berintegriti. Sistem pendidikan di negara kita juga begitu tersusun dengan baik di mana semua atau seluruh rakyat Malaysia haruslah dihantar ke sekolah. Tidak kira tua atau muda kerana pendidikan di negara kita sangat dititik beratkan oleh kerajaan. Sosial pula di negara kita pula masih lagi ditahap terkawal berbanding dengan negara-negara yang lain. Didikan agama yang di titik beratkan kepada setiap anak-anak muda agar tidak terjebak dengan sebarang masalah sosial.
Bagi keluarga saya, pendidikan ataupun ilmu itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita dan demi masa hadapan. Tanpa pendidikan bagaimana kita hendak meneruskan kerjaya attaupun impian kita. Pendidikan ini juga bukan sahaja jalan untuk kita mencapai kejayaan malahan pendidikan ini memberi kita pertahanana apabila kita ditindas oleh sesiapa pun. Melalui pendidikan juga kita dapat berdiri dengan sendiri dan kita dapat mengubah kehidupan kita dengan lebih senang dan bahagia. Disebabkan keluarga saya sangat mementingkan pendidikan dalam kehidupan saya dan adik-beradik saya diberi pendidikan yang secukupnya sehinggalah ke universiti ibu dan bapa saya sangat mementingkan pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka. Walaupun terdapat dalam kalangan adik-beradik saya yang sangat sukar untuk menceburi bidang akedemik ibu dan bapa saya cuba memberi pendidikan dari sudut yang berbeza sebagai contoh mempersekolahkan mereka di sekolah yang mengajar tentang ilmu kemahiran. Disitu mereka dapat ilmu pendidikan tentang kemahiran dan mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran dan sekurang-kurannya mereka pakar dalam sesuatu bidang. Oleh itu, pendidikan itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita.
![]() |
| masalah pekerjaan di negara barat. |
pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan.
Sebaliknya pula disesetengah negara di barat yang pemimpinnya hanya mementingkan diri sendiri dan sentiasa mewujudkan peperangan dalam kalangan masyarakat. selain itu juga pendidikan juga tidak diberikan kepada setiap individu. Melainkan orang yang mempunyai wang yang cukup mereka dapat pendidikan. selain itu, sosial dalam kalangan masyarakat sangat tidak terkawal. Malahan masalah sosial sangat tidak terkawal dan pelakunya juga tidak mengira usia.
Oleh itu, kita sebagai individu yag bertuah yang dapat pendidikan yang secukupnya haruslah rasa bersyukur kerana tinggal di bumi Malaysia yang indah dan damai ini.
sekian sahaja dari saya..sekian.
Tuesday, July 10, 2012
klasifikasi sosial(refleksi 4)
kita berjumpa lagi di laman saya ini.
saya akan membicarakan tentang sosial.
sosial bermaksud segala sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat mahupun orang disekeliling kita. Sosial juga boleh dikaitkan dengan pergaulan kita, masa aktiviti harian kita.
disini saya ingin kongsikan anda mengenai sosial ataupun pergaulan kita seharian. dalam bab sosial ini terbahagi kepada 2 elemen iaitu :
1. kesedaran sosial
2. kemahiran sosial
#kesedaran sosial.
setiap insan yang bergelar manusia dan tinggal dimuka bumi yang indah ini mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap sesama sendiri. Dalam bab kesedaran emosi ini - seseorang individu boleh dikenal pasti daripada segi tingkah lakunya dan ekspresi seseorang individu. disini individu tersebut mempunyai peranan yang tersendiri mengenai cara pergaulan dan kehidupan seharian kita. Seseorang individu bukan sahaja mempunyai peranan dalam kalangan masyarakat malah dalam organisasi syarikat, kawan-kawan dan lain-lain. Disini kita haruslah tahu atau bijak untuk bergaul dan bertanyakan soalan bagi menjaga hati dan perasaan seseorang.
Dalam diri saya, terkadang saya lupa akan tanggungjawab saya sebagai seorang individu ataupun tanggungjawab sebagai masyarakat. Oleh yang demikian, apa yang sentiasa menyedarkan saya tentang tanggunjawab saya sebagai seorang masyarakat adalah orang-orang disekeliling saya dimana pergaulan seharian saya melibatkan emosi orang lain dan saya juga harus sentiasa berhati-hati dalam pergaulan dan perbuatan saya. Sebagai contoh, apabila saya bersedih ataupun kecewa saya akan "badmood" dan saya akan termenung dan sukar untuk senyum dengan orang lain. Tetapi apabila mempelajari konsep kesedaran ssosial saya sedari bahawa saya haruslah tidak mencampur adukkan emosi saya dengan orang lain kerana perkara yang membuatkan saya kecewa itu bukan disebabkan oleh orang-orang disekeliling saya tetapi perkara tersebut disebabkan oleh seorang individu sahaja.
#kemahiran sosial
kemahiran bersosial ini boleh dikenalpasti melalui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran. sebagai contoh, pemimpin adalah seseorang individu yang petah berkata-kata dihadapan khalayak orang ramai. Malahan seseorang pemimpn juga dapat mengambil hati setiap orang yang mendengar pemimpin tersebut berucap. Disini kita dapat melihat cara pemimpin petah bercakap.
Saya pernah menjadi seorang pemimpin tetapi dalam kelompok yang kecil sahaja iaitu semasa saya berada disekolah dahulu yang memegang jawatan sebagai pengawas dan semasa saya mengikuti program khidmat negara dimana saya memegang jawatan sebagai ketua kompeni. Apabila menjadi seorang pemimpin ini bukanlah semudah yang disangkakan kerana pelbagai aspek yang harus kita korbankan demi tanggunjawab kita. Bukan itu sahaja, sebagai seorang pemimpin juga haruslah tahu bercakap dihadapan dan apa kita perkatakan ataupun ucapkan dihadapan haruslah kita tunaikan dan laksanakan. Saya sebagai pelajar yang baru sahaja menceburi bidang kepimpinan pada saat itu haruslah berhati-hati dalam berkomunikasi. saya juga haruslah bergaul dengan semua orang. Saya berasa sungguh bertuah kerana dapat merasai dan menceburi serba sedikit tentang kepimpinan ini. memikul tanggunjawab sebagai seorang pemimpin itu memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal.
sekian.
bersambung...

refleksi 1
kecerdasan emosi.
kecerdasan ialah ujian kekuatan mental seseorang. kecerdasan juga boleh dimaksudkan dengan kekuatan fizikal mahupun emosi.
emosi pula bermaksud perasaan. Apa jua yang melibatkan perasaan boleh dikaitkan dengan emosi.
pertama sekali, saya sebagai pelajar haruslah sentiasa mencuba sesuatu yang baharu. Bagi saya subjek kecerdasan emosi ini sesuatu yang baharu dan saya harus mempelajarinya. Sebagai seorang manusia saya haruslah mengetahui emosi ataupun diri saya kerana sebelum saya menjadi seorang guru kelak saya haruslah mengetahui ataupun memahami diri saya sendiri terlebih dahulu. Bagi saya sehingga pada hari ini saya belum memahami sepenuhnya tentang diri saya. Banyak yang saya perlu ubah dalam hidup saya. Terutamanya sikap dan emosi saya yang saya merasakan orang lain yang cuba kuasai seluruh hidup saya. Ini disebabkan saya tidak pernah ambil tahu mengenai emosi dan diri saya sendiri. pada akhirnya, saya sendiri yang disakiti dan saya sendiri yang tidak mendapat kepuasan dalam diri saya sendiri.
Apabila pertama kali subjek ini diperkenalkan oleh pensyarah pembimbing kami, saya cuba untuk menanam satu niat di mana saya benar-benar ingin mengubah cara hidup kepada yang lebih baik serta saya mengharapkan saya dapat melakukan sesuatu yang lebih hebat kepada diri saya sendiri. Ada sesuatu emosi yang benar-benar saya ingin ubah dimana saya merasakan emosi ataupun sikap saya itu sentiasa memberi masalah kepada orang-orang disekeliling saya. Saya sedar akan perkara itu apabila saya melukai hati rakan-rakan saya. Saya cuba untuk mengubahnya tetapi malangnya emosi itu langsung tidak dapat lari daripada diri saya sendiri. Saya sangat kecewa akan diri saya sendiri. Sepatutnya saya haruslah lebih memahami diri saya sendiri berbanding orang lain.
Saya sangat bertuah jikalau saya dapat mempelajari dan saya dapat mengenal lebih dalam tentang diri saya sendiri. Saya juga insan yang belum cukup ilmu lagi dan masih mencari dan mengumpul ilmu untuk di gunakan pada masa akan datang. Harapan saya, saya mengharapkan saya dapat banyak input dengan mempelajari subjek ini serta saya dapat bawa ilmu kecerdasan emosi ini sampai bila-bila. Apa yang saya harapkan juga agar subjek kecerdasan emosi ini dapat memberi kesan yang besar dalam diri saya dan dapat memberikan banyak perubahan yang mendalam dalam diri saya.
Inilah persiapan yang harus saya lakukan dan saya harus mempelajarinya akan saya dapat gunakan untuk menjadi seorang GURU kelak.
terima kasih

Subscribe to:
Posts (Atom)