kita berjumpa lagi di laman saya ini.
saya akan membicarakan tentang sosial.
sosial bermaksud segala sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat mahupun orang disekeliling kita. Sosial juga boleh dikaitkan dengan pergaulan kita, masa aktiviti harian kita.
disini saya ingin kongsikan anda mengenai sosial ataupun pergaulan kita seharian. dalam bab sosial ini terbahagi kepada 2 elemen iaitu :
1. kesedaran sosial
2. kemahiran sosial
#kesedaran sosial.
setiap insan yang bergelar manusia dan tinggal dimuka bumi yang indah ini mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap sesama sendiri. Dalam bab kesedaran emosi ini - seseorang individu boleh dikenal pasti daripada segi tingkah lakunya dan ekspresi seseorang individu. disini individu tersebut mempunyai peranan yang tersendiri mengenai cara pergaulan dan kehidupan seharian kita. Seseorang individu bukan sahaja mempunyai peranan dalam kalangan masyarakat malah dalam organisasi syarikat, kawan-kawan dan lain-lain. Disini kita haruslah tahu atau bijak untuk bergaul dan bertanyakan soalan bagi menjaga hati dan perasaan seseorang.
Dalam diri saya, terkadang saya lupa akan tanggungjawab saya sebagai seorang individu ataupun tanggungjawab sebagai masyarakat. Oleh yang demikian, apa yang sentiasa menyedarkan saya tentang tanggunjawab saya sebagai seorang masyarakat adalah orang-orang disekeliling saya dimana pergaulan seharian saya melibatkan emosi orang lain dan saya juga harus sentiasa berhati-hati dalam pergaulan dan perbuatan saya. Sebagai contoh, apabila saya bersedih ataupun kecewa saya akan "badmood" dan saya akan termenung dan sukar untuk senyum dengan orang lain. Tetapi apabila mempelajari konsep kesedaran ssosial saya sedari bahawa saya haruslah tidak mencampur adukkan emosi saya dengan orang lain kerana perkara yang membuatkan saya kecewa itu bukan disebabkan oleh orang-orang disekeliling saya tetapi perkara tersebut disebabkan oleh seorang individu sahaja.
#kemahiran sosial
kemahiran bersosial ini boleh dikenalpasti melalui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran. sebagai contoh, pemimpin adalah seseorang individu yang petah berkata-kata dihadapan khalayak orang ramai. Malahan seseorang pemimpn juga dapat mengambil hati setiap orang yang mendengar pemimpin tersebut berucap. Disini kita dapat melihat cara pemimpin petah bercakap.
Saya pernah menjadi seorang pemimpin tetapi dalam kelompok yang kecil sahaja iaitu semasa saya berada disekolah dahulu yang memegang jawatan sebagai pengawas dan semasa saya mengikuti program khidmat negara dimana saya memegang jawatan sebagai ketua kompeni. Apabila menjadi seorang pemimpin ini bukanlah semudah yang disangkakan kerana pelbagai aspek yang harus kita korbankan demi tanggunjawab kita. Bukan itu sahaja, sebagai seorang pemimpin juga haruslah tahu bercakap dihadapan dan apa kita perkatakan ataupun ucapkan dihadapan haruslah kita tunaikan dan laksanakan. Saya sebagai pelajar yang baru sahaja menceburi bidang kepimpinan pada saat itu haruslah berhati-hati dalam berkomunikasi. saya juga haruslah bergaul dengan semua orang. Saya berasa sungguh bertuah kerana dapat merasai dan menceburi serba sedikit tentang kepimpinan ini. memikul tanggunjawab sebagai seorang pemimpin itu memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal.
sekian.
bersambung...
No comments:
Post a Comment