Friday, July 13, 2012

refleksi 2

salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..
Dalam subjek Kecerdasan Emosi ini terdapat 3 ragam :

a) IQ- kecerdasan intelektual
b) EQ- Kecerdasan emosi
c) SQ- Kecerdasan spiritual

ketiga-tiga ini sentiasa berkait rapat antara satu sama lain.  Selain itu, ketiga-tiga ragam ini terdapat dalam kehidupan seharian kita tanpa mengenal seseorang individu.

IQ atau kecerdasan intelektual adalah berkait rapat dengan pemikiran kita bagi tindakkan kita seterusnya.  Intelektual juga berkait rapat dengan apa yang selalu bermain dalam fikiran kita iaitu what do I think. Disini kita akan selalu akan berfikir apa sebenarnya kita sedang fikirkan pada setiap hari-hari kita. Dalam kehidupan seharian saya, IQ ini selalunya saya akan gunakan apabila saya menghadapi peperiksaan dan apabila saya ingin menjawab sesuatu soalan. IQ tidak selalu saya gunakan dan setelah mempelajarinya saya sedar bahawa IQ juga amat penting dalam kehidupan seharian dan jika tidak diasah ia akan menjadi "beku".

EQ atau kecerdasan emosi yang berkait rapat dengan emosi dan perasaan serta yang paling rapat lagi hati kita.  what do I feel adalah persoalan kepada apa sebenarnya yang kita sedang rasa pada masa ini. kecerdasan emosi ini juga keupayaan seseorang menguasai atau mengawal perasaannya dalam menangani sesuatu masalah walau apa sekalipun permasalahan yang melanda pada dirinya. Setelah mempelajari mengenai EQ ini, serba sedikit saya dapat menguasai dan mengendalikan emosi saya dengan baik.  selain itu, saya banyak mempelajari banyak perkara bagaimana hendak kuasai perasaan saya terutamanya apabila waktu marah dan sedih kerana sewaktu perasaan ini timbullah menyebabkan saya banyak membuat kesilapan dimana saya memarahi orang sekeliling saya tanpa sebab.

SQ atau kecerdasan spritual digunakan untuk menghadapi setiap persoalan makna dan nilai-nilai dalam hidup.  Dalam SQ kita akan sentiasa menggunakan  who am I untuk menganalisis SQ kita.  SQ adalah landasan dimana kita dapat mengembangkan IQ dan EQ kita dalam kehidupan seharian kita.  SQ adalah kemahiran dimana kita pandai atau bijak menyembunyikan sesuatu tanpa orang lain dapat mengetahui apa sebenarnya yang kita rasa dan apa sebenarnya kita hendak sampaikan. SQ sebenarnya adalah sesuatu yang amat penting dalam diri kita sebagai seorang manusia. Oleh itu saya sangat-sangat bersyukur kerana dapat mempelajari subjek ini kerana saya dapat banyak input yang selama ini saya langsung tidak menyadari dan tidak mengambil berat.  SQ ialah pusat dimana langkah pertama yang harus kita ubah sebelum mengubah yang lain.  Melalui SQ juga banyak yang dapat kita lakukan dan tiada yang mustahil. Setelah saya mempelajari semua ini saya tahu bahawa apa-apa perkara yang hendak dilakukan haruslah mengubah SQ terlebih dahulu.

secara kesimpulannya, kita sebagai individu haruslah tahu dan faham akan setiap kemahiran atau tahap IQ, EQ, dan SQ kita agar kita tahu untuk memperbaiki setiap kecerdasan kita ini.

sekian daripada saya.


refleksi 3

salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..(Refleksi 3)
hari yang indah ini saya akan berbicara dengan beberapa tajuk, iaitu ;
a) kepimpinan
b) sosial
c) pendidikan 

Disini saya akan kaitkn ketiga-tiga tajuk tersebut.

kepimpinan - bermaksud dibimbing, dipandu, dituntun,ditunjuk. selain itu juga kepimpinan juga boleh membawa maksud kepada keupayaan memimpin. (sumber Kamus Dewan keempat).
Tidak semua orang dapat memimpin kerana hanya beberapa orang sahaja yang layak menjadi pemimpin yang berwibawa.  Bagi saya tokoh yang sentiasa menjadi idola saya untuk menjadi seorang pemimpin dan seorang yang berjaya adalah Dr.Mahathir Mohamad. Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau adalah dimana beliau memperkenalkan dasar pandang ke timur. Lihatlah lagi dari aspek ekonomi dimana beliau dapat menyelesaikan kemunduran ekonomi Malaysia pada saat itu tetapi sebagai seorang pemimoin beliau sentiasa berfikiran jauh dan sentiasa cuba sesuatu yang diluar kotak pemikiran beliau. Oleh sebab itu, beliau sentiasa menjadi pujaan hati saya dan saya sangat kagum dengan beliau.

sosial - bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat,

perihal masyarakat,kemasyarakatan. (sumber Kamus Dewan keempat). Seluruh individu dalam dunia ini adalah anggota masyarakat dan mempunyai tanggujawab dalam hidup bermasyarakat ini.  Sosial ini juga merangkumi semua aspek dan melibatkan semua orang.  Bagi saya seorang pelajar saya mudah mesra ataupun berkawan dengan sesiapa pun tidak kira yang tua mahupun yang muda. Oleh sebab, saya ini seorang yang mesra alam maka saya dapat mengenali pelbagai jenis orang dan membuatkan saya sentiasa belajar benda yang baharu serta cerita yang baharu yang boleh saya jadikan tauladan dan sempadan. Oleh sebab itu juga pergaulan kita juga haruslah sentiasa dijaga kerana melalui pergaulan juga kita dapat menilai seseorang dengan cara percakapan dan perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut kita.

Pendidikan - perihal mendidik.(sumber Kamus Dewan keempat)

Disini kita dapat lihat setiap tajuk yang akan saya huraikan adalah berkaitan antara satu sama lain. Disini sy ingin membawa anda melihat perbezaan di antara negara kita dengan negara orang lain. Sebagai contoh negara Amerika, Palestin, Gaza dan lain-lain. Sebenarnya kita cukup bertuah tinggal di bumi malaysia ini yang aman dan damai. Kita mempunyai pemimpin yang berwibawa, berdedikasi dan berintegriti. Sistem pendidikan di negara kita juga begitu tersusun dengan baik di mana semua atau seluruh rakyat Malaysia haruslah dihantar ke sekolah. Tidak kira tua atau muda kerana pendidikan di negara kita sangat dititik beratkan oleh kerajaan. Sosial pula di negara kita pula masih lagi ditahap terkawal berbanding dengan negara-negara yang lain. Didikan agama yang di titik beratkan kepada setiap anak-anak muda agar tidak terjebak dengan sebarang masalah sosial.
Bagi keluarga saya, pendidikan ataupun ilmu itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita dan demi masa hadapan. Tanpa pendidikan bagaimana kita hendak meneruskan kerjaya attaupun impian kita. Pendidikan ini juga bukan sahaja jalan untuk kita mencapai kejayaan malahan pendidikan ini memberi kita pertahanana apabila kita ditindas oleh sesiapa pun.  Melalui pendidikan juga kita dapat berdiri dengan sendiri dan kita dapat mengubah kehidupan kita dengan lebih senang dan bahagia. Disebabkan keluarga saya sangat mementingkan pendidikan dalam kehidupan saya dan adik-beradik saya diberi pendidikan yang secukupnya sehinggalah ke universiti ibu dan bapa saya sangat mementingkan pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka.  Walaupun terdapat dalam kalangan adik-beradik saya yang sangat sukar untuk menceburi bidang akedemik ibu dan bapa saya cuba memberi pendidikan dari sudut yang berbeza sebagai contoh mempersekolahkan mereka di sekolah yang mengajar tentang ilmu kemahiran. Disitu mereka dapat ilmu pendidikan tentang kemahiran dan mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran dan sekurang-kurannya mereka pakar dalam sesuatu bidang.  Oleh itu, pendidikan itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita.




 masalah pekerjaan di negara barat.
pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan.


Sebaliknya pula disesetengah negara di barat yang pemimpinnya hanya mementingkan diri sendiri dan sentiasa mewujudkan peperangan dalam kalangan masyarakat.  selain itu juga pendidikan juga tidak diberikan kepada setiap individu.  Melainkan orang yang mempunyai wang yang cukup mereka dapat pendidikan.  selain itu,  sosial dalam kalangan masyarakat sangat tidak terkawal.  Malahan masalah sosial sangat tidak terkawal dan pelakunya juga tidak mengira usia.  
    
   Oleh itu, kita sebagai individu yag bertuah yang dapat pendidikan yang secukupnya haruslah rasa bersyukur kerana tinggal di bumi Malaysia yang indah dan damai ini.

sekian sahaja dari saya..sekian.


Tuesday, July 10, 2012

klasifikasi sosial(refleksi 4)

kita berjumpa lagi di laman saya ini.
saya akan membicarakan tentang sosial.
sosial bermaksud segala sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat mahupun orang disekeliling kita. Sosial juga boleh dikaitkan dengan pergaulan kita, masa aktiviti harian kita.
disini saya ingin kongsikan anda mengenai sosial ataupun pergaulan kita seharian. dalam bab sosial ini terbahagi kepada 2 elemen iaitu :
1. kesedaran sosial
2. kemahiran sosial

#kesedaran sosial.
setiap insan yang bergelar manusia dan tinggal dimuka bumi yang indah ini mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap sesama sendiri. Dalam bab kesedaran emosi ini - seseorang individu boleh dikenal pasti daripada segi tingkah lakunya dan ekspresi seseorang individu. disini individu tersebut mempunyai  peranan yang tersendiri mengenai cara pergaulan dan kehidupan seharian kita. Seseorang individu bukan sahaja mempunyai peranan dalam kalangan masyarakat malah dalam organisasi syarikat, kawan-kawan dan lain-lain. Disini kita haruslah tahu atau bijak untuk bergaul dan bertanyakan soalan bagi menjaga hati dan perasaan seseorang.
Dalam diri saya, terkadang saya lupa akan tanggungjawab saya sebagai seorang individu ataupun tanggungjawab sebagai masyarakat.  Oleh yang demikian, apa yang sentiasa menyedarkan saya tentang tanggunjawab saya sebagai seorang masyarakat adalah orang-orang disekeliling saya dimana pergaulan seharian saya melibatkan emosi orang lain dan saya juga harus sentiasa berhati-hati dalam pergaulan dan perbuatan saya.  Sebagai contoh, apabila saya bersedih ataupun kecewa saya akan "badmood" dan saya akan termenung dan sukar untuk senyum dengan orang lain.  Tetapi apabila mempelajari konsep kesedaran ssosial saya sedari bahawa saya haruslah tidak mencampur adukkan emosi saya dengan orang lain kerana perkara yang membuatkan saya kecewa itu bukan disebabkan oleh orang-orang disekeliling saya tetapi perkara tersebut disebabkan oleh seorang individu sahaja.

#kemahiran sosial
kemahiran bersosial ini boleh dikenalpasti melalui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran. sebagai contoh, pemimpin adalah seseorang individu yang petah berkata-kata dihadapan khalayak orang ramai. Malahan seseorang pemimpn juga dapat mengambil hati setiap orang yang mendengar pemimpin tersebut berucap. Disini kita dapat melihat cara pemimpin petah bercakap.
Saya pernah menjadi seorang pemimpin tetapi dalam kelompok yang kecil sahaja iaitu semasa saya berada disekolah dahulu yang memegang jawatan sebagai pengawas dan semasa saya mengikuti program khidmat negara dimana saya memegang jawatan sebagai ketua kompeni.  Apabila menjadi seorang pemimpin ini bukanlah semudah yang disangkakan kerana pelbagai aspek yang harus kita korbankan demi tanggunjawab kita.  Bukan itu sahaja, sebagai seorang pemimpin juga haruslah tahu bercakap dihadapan dan apa kita perkatakan ataupun ucapkan dihadapan haruslah kita tunaikan dan laksanakan.  Saya sebagai pelajar yang baru sahaja menceburi bidang kepimpinan pada saat itu haruslah berhati-hati dalam berkomunikasi.  saya juga haruslah bergaul dengan semua orang.  Saya berasa sungguh bertuah kerana dapat merasai dan menceburi serba sedikit tentang kepimpinan ini.  memikul tanggunjawab sebagai seorang pemimpin itu memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal.

sekian.
bersambung...

refleksi 1

kecerdasan emosi.
kecerdasan ialah ujian kekuatan mental seseorang. kecerdasan juga boleh dimaksudkan dengan kekuatan fizikal mahupun emosi.
emosi pula bermaksud perasaan. Apa jua yang melibatkan perasaan boleh dikaitkan dengan emosi.
pertama sekali, saya sebagai pelajar haruslah sentiasa mencuba sesuatu yang baharu.  Bagi saya subjek kecerdasan emosi ini sesuatu yang baharu dan saya harus mempelajarinya.  Sebagai seorang manusia saya haruslah mengetahui emosi ataupun diri saya kerana sebelum saya menjadi seorang guru kelak saya haruslah mengetahui ataupun memahami diri saya sendiri terlebih dahulu.  Bagi saya sehingga pada hari ini saya belum memahami sepenuhnya tentang diri saya.  Banyak yang saya perlu ubah dalam hidup saya.  Terutamanya sikap dan emosi saya yang saya merasakan orang lain yang cuba kuasai seluruh hidup saya. Ini disebabkan saya tidak pernah ambil tahu mengenai emosi dan diri saya sendiri.  pada akhirnya, saya sendiri yang disakiti dan saya sendiri yang tidak mendapat kepuasan dalam diri saya sendiri.

Apabila pertama kali subjek ini diperkenalkan oleh pensyarah pembimbing kami, saya cuba untuk menanam satu niat di mana saya benar-benar ingin mengubah cara hidup kepada yang lebih baik serta saya mengharapkan saya dapat melakukan sesuatu yang lebih hebat kepada diri saya sendiri.  Ada sesuatu emosi yang benar-benar saya ingin ubah dimana saya merasakan emosi ataupun sikap saya itu sentiasa memberi masalah kepada orang-orang disekeliling saya.  Saya sedar akan perkara itu apabila saya melukai hati rakan-rakan saya. Saya cuba untuk mengubahnya tetapi malangnya emosi itu langsung tidak dapat lari daripada diri saya sendiri. Saya sangat kecewa akan diri saya sendiri.  Sepatutnya saya haruslah lebih memahami diri saya sendiri berbanding orang lain.

Saya sangat bertuah jikalau saya dapat mempelajari dan saya dapat mengenal lebih dalam tentang diri saya sendiri. Saya juga insan yang belum cukup ilmu lagi dan masih mencari dan mengumpul ilmu untuk di gunakan pada masa akan datang. Harapan saya, saya mengharapkan saya dapat banyak input dengan mempelajari subjek ini serta saya dapat bawa ilmu kecerdasan emosi ini sampai bila-bila. Apa yang saya harapkan juga agar subjek kecerdasan emosi ini dapat memberi kesan yang besar dalam diri saya dan dapat memberikan banyak perubahan yang mendalam dalam diri saya.

Inilah persiapan yang harus saya lakukan dan saya harus mempelajarinya akan saya dapat gunakan untuk menjadi seorang GURU kelak.
terima kasih