Wednesday, September 12, 2012

REFLEKSI  minggu ke-6

pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda sebuah tayangan video yang menjadi inspirasi saya 


saksikanlah................


setelah anda semua menyaksikan video ini. cuba anda pejamkan mata dan tanya hati anda. Apakah anda mahu menjadi seperti orang dalam video ini??  
 Bagi saya, apabila anda semua lihat video ini pelari itu bukan semata-mata hendak mendapat tempat pertama tetapi apa yang penting bagi beliau habiskan dan tamatkan lariannya sehingga ke garisan penamat.  

# hidup kita bagaikan seorang pelari, saya percaya semua individu berlumba-lumba untuk mencapai impian namun tidak semua orang dapat mencapai apa yang selama ini diimpikan.
dalam perjalanan kita hendak mencapai kejayaan ini begitu banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.  banyak perkara yang perlu kita siap sediakan.  tidak kira dari segi fizikal mahupun emosi kita kena persiapkan. 

#perjalanan kita untuk mencapai kejayaan juga, kita amat memerlukan seseorang yang dapat membimbing dan memimpin kita.  Bukan semua orang boleh menjadi seorang sahabat yang baik. Ibubapa adalah orang yang akan sentiasa bersama kita walaupun seburuk mana kita ini ibubapalah yang banyak memberi dorongan kepada kita, yang memberikan kita sokongan dan sentiasa berada disamping kita tidak kira waktu dan susahnya kita.

#kekuatan spiritual dalam diri kita adalah kunci kejayaan sebenar kita.  Apabila lihat kembali video ini, sebenarnya pelari tersebut tidak dapat berlari lagi tetapi kekuatan spiritual beliau yang membuatkan beliau meneruskan larian sehingga ke garisan penamat walaupun beliau tidak akan menduduki tempat pertama saat itu.  walhal itu, beliau sebenarnya tidak mensia-siakan usahanya sebelum ini.  walaupun tidak menduduki tempat pertama tetapi sekurang-kurangnya beliau telah sampai ke garisan penamat. 

#begitu jugalah kita. walaupun kita tidak dapat mencapai apa yang dihajati tapi sekurang-kurangnya kita hargailah apa yang kita ada pada saat ini.  kerana kita tidak akan tahu ajal dan kita tidak tahu bila masa kita akan kehilangan kelebihan kita itu.  hargailah setiap orang disekeliling kita. buatlah sesuatu yang membuatkan orang sekeliling kita sentiasa ingat tentang kita dan buatlah sesuatu agar orang sekeliling kita sentiasa bangga akan diri kita.

**sekian sahaja perkongsian saya. 

Monday, September 10, 2012

refleksi minggu ke-5



minggu ni saya ingin berkongsi tentang jenis-jenis emosi, kesan-kesan emosi terhadap pemikiran manusia dan tingkah lakunya.







gambar diatas ialah reaksi muka kita yang mengambarkan emosi kita.



maksud emosi:

emosi adalah luahan perasaan yang berkembang dan surut dalam waktu yang singkat atau dalam keadaan fisiologis.  sebagai contoh pada waktu kita senang, sedih dan lain-lain.  ilmuwan yang bernama Joseph Le Doux mengatakan "The brain states and bodily responses are the fundamental fact of an emotion". maksudnya dalam bahasa melayu ialah tumbuhnya sebuah emosi kerana adanya otak dan tubuh yang merespon.  kesimpulannya bahawa emosi dapat tumbuh ketika ada sesuatu yang terjadi pada diri manusia dan baik itu yang bersumber daripada diri sendiri mahupun orang sekitar kita.


Jenis-jenis Emosi.
1. emosi takut
takut adalan perasaan yang mendorong individu untuk menjauhi sesuatu dan sedapat mungkin menghindari daripada hal tersebut.  bentuk ekstrim daripada takut adalah takut pathogis yang disebut phobia.  phobia pula adalah suatu perasaan yang takut akan hal-hal yang tertentu, meskipun tidak ada alasan yang munasabah dan nyata.  sebagai contoh, takut kepada ketinggian, tempat yang gelap dan lain-lain.

2. emosi khuatir 
Perasaan was-was yang berlaku dalam diri terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan mahupun yang kita sedang fikir.  Apabila perasaan khuatir kita melanda dalam diri kita menyebabkan kita tidak senang duduk, gelisah, dan tegang.  perasaan khuatir juga kadang kala membuatkan tindakkan kita ini betul di mana kita dapat berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

3. emosi gembira
suatu perasaan yang lega iaitu suatu perasaan yang terlepas daripada suatu ketegangan ataupun masalah.  kegembiraan juga sebenarnya suatu perasaan yang sukar diungkapkan dan perasaan gembira juga adalah suatu rasa yang semula jadi dan kita merasakan suatu ketenangan di suatu sudut.

4. emosi marah 
perasaan marah adalah suatu perasaan yang sangat negatif dalam diri kita. namun begitu kemarahan adalah hal-hal yang menganggu aktiviti dan apabila marah kita sukar untuk mencapai sesuatu perkara yang kita ingini.  Dalam keadaan marah juga kita sama sekali bertindak untuk membuat keputusan kerana keputusan pada saat kita marah adalah suatu keputusan yang bodoh.


saya akan perkongsikan lagi pada minggu hadapan. tq