salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..(Refleksi 3)
hari yang indah ini saya akan berbicara dengan beberapa tajuk, iaitu ;
a) kepimpinan
b) sosial
c) pendidikan
kepimpinan - bermaksud dibimbing, dipandu, dituntun,ditunjuk. selain itu juga kepimpinan juga boleh membawa maksud kepada keupayaan memimpin. (sumber Kamus Dewan keempat).
Tidak semua orang dapat memimpin kerana hanya beberapa orang sahaja yang layak menjadi pemimpin yang berwibawa. Bagi saya tokoh yang sentiasa menjadi idola saya untuk menjadi seorang pemimpin dan seorang yang berjaya adalah Dr.Mahathir Mohamad. Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau adalah dimana beliau memperkenalkan dasar pandang ke timur. Lihatlah lagi dari aspek ekonomi dimana beliau dapat menyelesaikan kemunduran ekonomi Malaysia pada saat itu tetapi sebagai seorang pemimoin beliau sentiasa berfikiran jauh dan sentiasa cuba sesuatu yang diluar kotak pemikiran beliau. Oleh sebab itu, beliau sentiasa menjadi pujaan hati saya dan saya sangat kagum dengan beliau.
sosial - bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat,
perihal masyarakat,kemasyarakatan. (sumber Kamus Dewan keempat). Seluruh individu dalam dunia ini adalah anggota masyarakat dan mempunyai tanggujawab dalam hidup bermasyarakat ini. Sosial ini juga merangkumi semua aspek dan melibatkan semua orang. Bagi saya seorang pelajar saya mudah mesra ataupun berkawan dengan sesiapa pun tidak kira yang tua mahupun yang muda. Oleh sebab, saya ini seorang yang mesra alam maka saya dapat mengenali pelbagai jenis orang dan membuatkan saya sentiasa belajar benda yang baharu serta cerita yang baharu yang boleh saya jadikan tauladan dan sempadan. Oleh sebab itu juga pergaulan kita juga haruslah sentiasa dijaga kerana melalui pergaulan juga kita dapat menilai seseorang dengan cara percakapan dan perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut kita.
Pendidikan - perihal mendidik.(sumber Kamus Dewan keempat)
Disini kita dapat lihat setiap tajuk yang akan saya huraikan adalah berkaitan antara satu sama lain. Disini sy ingin membawa anda melihat perbezaan di antara negara kita dengan negara orang lain. Sebagai contoh negara Amerika, Palestin, Gaza dan lain-lain. Sebenarnya kita cukup bertuah tinggal di bumi malaysia ini yang aman dan damai. Kita mempunyai pemimpin yang berwibawa, berdedikasi dan berintegriti. Sistem pendidikan di negara kita juga begitu tersusun dengan baik di mana semua atau seluruh rakyat Malaysia haruslah dihantar ke sekolah. Tidak kira tua atau muda kerana pendidikan di negara kita sangat dititik beratkan oleh kerajaan. Sosial pula di negara kita pula masih lagi ditahap terkawal berbanding dengan negara-negara yang lain. Didikan agama yang di titik beratkan kepada setiap anak-anak muda agar tidak terjebak dengan sebarang masalah sosial.
Bagi keluarga saya, pendidikan ataupun ilmu itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita dan demi masa hadapan. Tanpa pendidikan bagaimana kita hendak meneruskan kerjaya attaupun impian kita. Pendidikan ini juga bukan sahaja jalan untuk kita mencapai kejayaan malahan pendidikan ini memberi kita pertahanana apabila kita ditindas oleh sesiapa pun. Melalui pendidikan juga kita dapat berdiri dengan sendiri dan kita dapat mengubah kehidupan kita dengan lebih senang dan bahagia. Disebabkan keluarga saya sangat mementingkan pendidikan dalam kehidupan saya dan adik-beradik saya diberi pendidikan yang secukupnya sehinggalah ke universiti ibu dan bapa saya sangat mementingkan pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka. Walaupun terdapat dalam kalangan adik-beradik saya yang sangat sukar untuk menceburi bidang akedemik ibu dan bapa saya cuba memberi pendidikan dari sudut yang berbeza sebagai contoh mempersekolahkan mereka di sekolah yang mengajar tentang ilmu kemahiran. Disitu mereka dapat ilmu pendidikan tentang kemahiran dan mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran dan sekurang-kurannya mereka pakar dalam sesuatu bidang. Oleh itu, pendidikan itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita.
![]() |
| masalah pekerjaan di negara barat. |
pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan.
Sebaliknya pula disesetengah negara di barat yang pemimpinnya hanya mementingkan diri sendiri dan sentiasa mewujudkan peperangan dalam kalangan masyarakat. selain itu juga pendidikan juga tidak diberikan kepada setiap individu. Melainkan orang yang mempunyai wang yang cukup mereka dapat pendidikan. selain itu, sosial dalam kalangan masyarakat sangat tidak terkawal. Malahan masalah sosial sangat tidak terkawal dan pelakunya juga tidak mengira usia.
Oleh itu, kita sebagai individu yag bertuah yang dapat pendidikan yang secukupnya haruslah rasa bersyukur kerana tinggal di bumi Malaysia yang indah dan damai ini.
sekian sahaja dari saya..sekian.


No comments:
Post a Comment