Wednesday, September 12, 2012

REFLEKSI  minggu ke-6

pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda sebuah tayangan video yang menjadi inspirasi saya 


saksikanlah................


setelah anda semua menyaksikan video ini. cuba anda pejamkan mata dan tanya hati anda. Apakah anda mahu menjadi seperti orang dalam video ini??  
 Bagi saya, apabila anda semua lihat video ini pelari itu bukan semata-mata hendak mendapat tempat pertama tetapi apa yang penting bagi beliau habiskan dan tamatkan lariannya sehingga ke garisan penamat.  

# hidup kita bagaikan seorang pelari, saya percaya semua individu berlumba-lumba untuk mencapai impian namun tidak semua orang dapat mencapai apa yang selama ini diimpikan.
dalam perjalanan kita hendak mencapai kejayaan ini begitu banyak dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.  banyak perkara yang perlu kita siap sediakan.  tidak kira dari segi fizikal mahupun emosi kita kena persiapkan. 

#perjalanan kita untuk mencapai kejayaan juga, kita amat memerlukan seseorang yang dapat membimbing dan memimpin kita.  Bukan semua orang boleh menjadi seorang sahabat yang baik. Ibubapa adalah orang yang akan sentiasa bersama kita walaupun seburuk mana kita ini ibubapalah yang banyak memberi dorongan kepada kita, yang memberikan kita sokongan dan sentiasa berada disamping kita tidak kira waktu dan susahnya kita.

#kekuatan spiritual dalam diri kita adalah kunci kejayaan sebenar kita.  Apabila lihat kembali video ini, sebenarnya pelari tersebut tidak dapat berlari lagi tetapi kekuatan spiritual beliau yang membuatkan beliau meneruskan larian sehingga ke garisan penamat walaupun beliau tidak akan menduduki tempat pertama saat itu.  walhal itu, beliau sebenarnya tidak mensia-siakan usahanya sebelum ini.  walaupun tidak menduduki tempat pertama tetapi sekurang-kurangnya beliau telah sampai ke garisan penamat. 

#begitu jugalah kita. walaupun kita tidak dapat mencapai apa yang dihajati tapi sekurang-kurangnya kita hargailah apa yang kita ada pada saat ini.  kerana kita tidak akan tahu ajal dan kita tidak tahu bila masa kita akan kehilangan kelebihan kita itu.  hargailah setiap orang disekeliling kita. buatlah sesuatu yang membuatkan orang sekeliling kita sentiasa ingat tentang kita dan buatlah sesuatu agar orang sekeliling kita sentiasa bangga akan diri kita.

**sekian sahaja perkongsian saya. 

No comments:

Post a Comment