minggu ni saya ingin berkongsi tentang jenis-jenis emosi, kesan-kesan emosi terhadap pemikiran manusia dan tingkah lakunya.
gambar diatas ialah reaksi muka kita yang mengambarkan emosi kita.
maksud emosi:
emosi adalah luahan perasaan yang berkembang dan surut dalam waktu yang singkat atau dalam keadaan fisiologis. sebagai contoh pada waktu kita senang, sedih dan lain-lain. ilmuwan yang bernama Joseph Le Doux mengatakan "The brain states and bodily responses are the fundamental fact of an emotion". maksudnya dalam bahasa melayu ialah tumbuhnya sebuah emosi kerana adanya otak dan tubuh yang merespon. kesimpulannya bahawa emosi dapat tumbuh ketika ada sesuatu yang terjadi pada diri manusia dan baik itu yang bersumber daripada diri sendiri mahupun orang sekitar kita.
Jenis-jenis Emosi.
1. emosi takut
takut adalan perasaan yang mendorong individu untuk menjauhi sesuatu dan sedapat mungkin menghindari daripada hal tersebut. bentuk ekstrim daripada takut adalah takut pathogis yang disebut phobia. phobia pula adalah suatu perasaan yang takut akan hal-hal yang tertentu, meskipun tidak ada alasan yang munasabah dan nyata. sebagai contoh, takut kepada ketinggian, tempat yang gelap dan lain-lain.
2. emosi khuatir
Perasaan was-was yang berlaku dalam diri terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan mahupun yang kita sedang fikir. Apabila perasaan khuatir kita melanda dalam diri kita menyebabkan kita tidak senang duduk, gelisah, dan tegang. perasaan khuatir juga kadang kala membuatkan tindakkan kita ini betul di mana kita dapat berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
3. emosi gembira
suatu perasaan yang lega iaitu suatu perasaan yang terlepas daripada suatu ketegangan ataupun masalah. kegembiraan juga sebenarnya suatu perasaan yang sukar diungkapkan dan perasaan gembira juga adalah suatu rasa yang semula jadi dan kita merasakan suatu ketenangan di suatu sudut.
4. emosi marah
perasaan marah adalah suatu perasaan yang sangat negatif dalam diri kita. namun begitu kemarahan adalah hal-hal yang menganggu aktiviti dan apabila marah kita sukar untuk mencapai sesuatu perkara yang kita ingini. Dalam keadaan marah juga kita sama sekali bertindak untuk membuat keputusan kerana keputusan pada saat kita marah adalah suatu keputusan yang bodoh.
saya akan perkongsikan lagi pada minggu hadapan. tq

No comments:
Post a Comment